Wednesday 31 October 2012





NAI


entri cerita UiTM part 1 dan part 2 itu dibuat atas sebab kerinduan .
kerinduan yang tidak dapat dibendung lagi .
tapi oleh kerana mempunyai kemaluan yang besar maka untuk memberitahu tentang kerinduan tersebut kepada empunya diri adalah tidak sama sekali .


cerita UiTM -part 2


*berdasarkan cerita sebenar*
setelah cuti beberapa minggu, tiba masa untuk menangis kembali --' dan kali ni bukan lagi kat UiTM JB. kami satu batch kena pindah pergi UiTM Segamat. kenapa? ohh sebab kat JB, tenaga pengajar tak cukup. ceh! tenaga pengajar tau. lecturer sudah.

ohh and dekat segamat, 1 bilik menempatkan empat orang. diulangi empat orang. tu yang aku suka tu. ohh tapi tak berapa suka. sebab kitorang akan dapat dua orang senior. lagi sorang sama ada dari batch yang sama atau orang lain yang ntah siapa siapa.

lagi satu kerja. takkan aku nak kena carik kawan baru lagi? masak lah --' segamat bukan macam jb. segamat ni besar. nak g kelas jauh, kena lah ada teman. okay semua tu aku fikir and again nak buat aku menangis lagi macam mula mula masuk jb. demm!

sampai je segamat, terus aim tempat yang senarai nama bagitahu bilik mana dengan siapa bla bla bla. cuba teka?
terima kasih ALLAH sekali lagi. sungguh aku tak sangka gila.
nak tahu aku sebilik dengan siapa ?
MAYA !
gila kan? time tu aku rasa macam nak jerit je kat situ. aku punya gembira tak terkata.
ohh tapi sekejap je gembira tu. bila family aku balik, again aku homesick. taknak makan taknak turun katil. eh mengada betol!

. . .

maka bermula lah rutin baru sebagai seorang pelajar kat tempat baru pulak.
segamat tak best. serious!
semua tempat jauh. oh tapi thank you segamat sebab you, i dah kurus. HAHA!

aku jadi makin rapat serapat rapatnya dengan Maya.
roomate? ohh kakak senior tu ? takde lah senior mana.
beza satu sem je. oh and umur pulak sama.
tapi dia punya kerek, masyaALLAH --'
biarlah diorang

. . .

kat segamat ni aku macam takde kawan lain
Maya itu Maya ini Maya begitu Maya begini
pendek kata, kalau Maya takde, tak hidup lah aku

aku susah, Maya tolong
aku gembira, Maya ketawa
aku sedih, Maya menangis

bak kata orang, saling melengkapi
tapi tu bagi aku. aku taktau pulak dea anggap aku macam mana kan?

bangun pagi aku kejut. pergi kelas sama sama. pergi makan sama sama. pergi jemur baju sama sama. kadang kadang dea basuhkan baju aku. dea sangat baik. aku bersyukur sangat yang aku jumpa orang macam Maya. dea satu dalam seribu <3

tapi langit tak selalu cerah kan? awan mendung datang menjengah.

kadang kadang kitorang gaduh.
ada sekali tu pasal duit. dea nak bayar duit makan, tapi aku berkeras nak bayar jugak. dea lagi keras nak bayar. and lastly kitorang gaduh. sebab benda kecik je --'
tapi tak lama. kata sayang kan ?
kadang kadang kitorang gaduh pasal assignment. lagi lagi bila buat kerja last minute and tengah tengah malam. time tu emosi semua tertekan. mula lah tinggi suara. lepastu dua dua sentap. last sekali buat kerja tapi tanpa senyuman. and habis kerja terus tidur. besok pagi bangun, senyum balik :D

seronok kan?
bergaduh tapi tak lama.
orang kata, jangan tak gaduh langsung. sebab nanti bila dah bergaduh takut langsung tak baik. sebab tu kitorang bergaduh jugak. ehh --'

. . .

and masa yang ditunggu tunggu
lepas habis final exam
apa lagi ? cutiiiii :D
balik rumahhh (:

tapi kali ni dah lain sikit. sebab aku nak quit UiTM atas sebab sebab tertentu.
and again, Maya yang bantu aku.

masuk sem tiga, Maya tolong uruskan surat berhenti aku yang kena amik cop itu cop ini.
Maya yang bersakit kaki naik tangga turun tangga semata mata untuk dapatkan cop.
nampak tak betapa mulianya dea?
nampak tak betapa beruntungnya aku kenal dea?

. . .

semua dah lain.

takde lagi pergi kelas dengan Maya.
and kadang kadang aku fikir, siapa nak kejut Maya pergi kelas?
ke sebenarnya dea tak kesah pun aku takde?
dea sedih tak aku dah takde?
lepasni siapa nak paksa Maya makan?
siapa nak teman Maya jemur baju?
tapi, Maya kesah ke?

again, semua soalan tu muncul
and again aku tanya balik diri sendiri
ntah ntah Maya tak rasa pape pun aku takde
aku je lebih lebih

and paling aku fikir,
Maya rapat lagi ke dengan aku lepasni ?

. . .

dan Maya masih rapat dengan aku sampai harini
kami tetap kawan
dan dea sahabat terbaik aku pernah ada seumur hidup aku
aku bersyukur sebab dea masih sudi kawan dengan aku

terima kasih untuk segalanya

NAI

cerita UiTM -part 1


*berdasarkan cerita sebenar*
Aku merupakan anak yang manja dalam family. lepas habis je SPM, aku dapat tawaran masuk UiTM kat JB. and aku tak pernah sekali pun berpisah dengan family. apa lagi jauh macam ni. sepanjang jalan, macam macam perasaan dalam kepala otak aku.
"ada ke orang nak kawan dengan aku?"
"macam mana aku nak basuh baju?"
"macam mana nak bangun pagi? siapa nak kejut?"
selesai semua sesi pendaftaran, angkat barang, carik mangga loker, beli air mineral. tiba lah masa yang memang paling aku benci sebenci bencinya. family aku balik.

lepas hantar diorang balik, aku naik bilik. before ni bayangkan aku tinggal dengan empat orang. rupanya semua tu dusta belaka. aku stay dalam bilik yang ada enambelas orang. gila tak gila lah kan?

bermula lah kehidupan aku sebagai seorang pelajar UiTM

Maya : hai ! nama siapa ?
Aku : Bella *sambil menangis ingat family*
Maya : ohh *macam mengada je budak ni . nangis tak berhenti henti*
Aku : senyum *dia mungkin boleh jadi kawan aku*

. . .

hari kedua

Maya : jum kita turun bawah sama sama
Aku : okay

Maya ada kawan lain lagi. Atikah, Haliza, Kila, Farah dan Farina.
so, aku dah ada enam kawan. suatu kemajuan bagi aku yang merupakan seorang yang sangat tidak pandai mencari kawan.
maka bermula lah program Minggu Destini Siswa (MDS).

Maya seorang yang sangat sangat sangat banyak cakap. dia punya cerita, memang takde penghujung. bila dia dah start cakap, yang boleh berhentikan dia cakap, kalau ada mamat handsome lalu. serious talking.

satu yang aku perasan, Maya sebenarnya macam tak suka aku. bila aku bercakap atau tanya pape, Maya seboleh bolehnya taknak layan. kadang kadang sampaikan Maya curik perhatian kawan lain dengan cerita cerita dia. and aku yang hati super duper sensitif ni mula lah nak terasa hati bagai.
aku mula lah cari kawan lain. dah dapat aim sorang kakak ni. nama dia Kak Aina. aku rasa aku boleh masuk group kakak ni. and the kelakar part ever bila aku macam orang bodoh pergi kat kakak tu and tanya "akak, kita nak join group akak boleh? sebab kita rasa kita takboleh masuk dengan group Maya lah" takkan lah kakak tu nak cakap takboleh pulak kan ? HAHA !

. . .

seminggu lepas MDS

kelas kami telah diatur. siapa masuk mana semua pun diatur. and terima kasih ALLAH yang tak terhingga aku ucapkan sebab aku dapat masuk satu kelas dengan Kak Aina. aku memang rasa syukur sangat sangat lah sebab tak satu kelas dengan Maya. jahat kan?

selain Kak Aina, Farina pun dapat satu kelas dengan aku. even Farina ni kawan rapat dengan Maya, aku tak kisah sangat sebab bukan Maya ada carik pasal dengan aku pun. dia just nampak macam taksuka aku. kenapa ntah.

. . .

beberapa bulan kemudian

aku tak tahu apa jadi. tapi tiba tiba aku dah rapat dengan group Maya balik. apa yang aku perasan, aku kureng sikit dengan group Kak Aina sebab dea macam ala ala orang tua gitu. opps ! sorry kak :D

and that time group Maya tinggal Atikah, Kila, Farah dan Farina. diorang dah tak rapat dengan Haliza. Haliza pun macam dah dapat group baru.
kitorang agak bahagia bersama. tapi tahu lah bila ramai ramai ni kan. actually banyak bermuka muka diorang ni.
yang ni kutuk ni. ni kutuk ni. macam macam. ohh and aku tak terkecuali lah kan ? HAHA !

tapi yang aku perasan, Maya sangat rapat dengan Atikah. rapat yang memang macam adik beradik, bestfriend forever ever ever lah. kadang kadang aku jealous jugak. yelah. siapa taknak ada someone yang boleh buat kita bahagia all the time kan?


al kisah bermula lah bila satu hari tu Atikah kena demam campak. and betapa bestfriend nya si Maya ni sampaikan bermacam macam cara dia buat untuk Atikah baik.
ohh sebab that time kitorang dah sangat dekat dengan final. kitorang taknak lah dea kena jawab final sorang sorang sebab kena kuarantin.
and yang paling sadis, Atikah rasa dea kena kongkong. walhal Maya just nak dea baik macam selalu.

tapi manusia kan? mana suka di kongkong walau untuk benda baik sekalipun.
maka, sejak dari tu, bermula lah perang dingin antara Maya dan Atikah padahal sebelum ni diorang tidur setilam, mandi sesabun, makan sesudu.
diorang dah tak tidur sama. tak keluar sama. tak mandi sama.
semua orang yang tengok semua salahkan Maya. KENAPA ?
ohh sebab Atikah sakitkan ? so, semua macam tuding jari dekat Maya. time tu aku rasa kesian sangat dekat Maya sebab aku tahu perkara sebenar.

nak dijadikan cerita, sejak peristiwa tu, aku jadi makin rapat pulak dengan Maya.
aku yang macam gantikan tempat Atikah. aku tidur dengan Maya. aku keluar dengan Maya.
kelakar kan? padahal dulu dea benci aku. aku taksuka dia.
tu lah orang tua kata jangan benci benci nanti jatuh suka (:

. . .

setelah tamat final exam

so, its time to go home baby :D gembira tak terkata.
dan aku sangat seronok. sangat sangat sangat. best sangat. siapa taksuka balik rumah woi?
and the kelakar part ever, bila aku menangis waktu Maya nak balik.
padahal kitorang boleh jumpa time cuti tu.
rumah kitorang dekat je rupanya.
adalah dalam setengah jam perjalanan.


dan, Maya telah pun menjadi kawan baik aku.




orang kata ,
someone bila dah pernah curang , jangan harap dea boleh setia . once dea pernah buat , tak mustahil dea akan buat lagi .

tapi ,
tak mustahil jugak if someone tu dah betul betul berubah

bak kata orang
tak selamanya orang yang baik tu kekal baik
dan
tak selamanya orang yang jahat tu kekal jahat
yedak ?

ohh and siapa kata karma tu wujud ?
karma ada , bagi fahaman agama lain . which is not agama islam .
sebab , dalam islam takde karma .
walau sejahat mana pun orang buat kita , kalau ALLAH taknak bagi balasan dia kat dunia , ALLAH tak bagi lah . kat sini bermaksud , everything is under kuasa ALLAH . so , actually karma doesn't exist at all .

ohh and please bear in mind
jangan sesekali mendoakan kecelakaan orang lain .
doa jahat centu , ALLAH tak layan lah weh . buang air liur je kau doa benda yang ALLAH tak hiraukan . lastly kau sendiri pulak yang kena , acane ?





THIS IS SUCK.EVER





terima kasih ALLAH untuk mama :D


Saturday 27 October 2012


YA ALLAH

sembuhkan lah mama
kuatkan lah hati aku

AMINN

Monday 22 October 2012

. . .

"ohh dea kawan aku , cantik kan ?"
"yang ni dulu crush aku , handsome gila en"
"ni lah yang aku selalu cerita tu . sekarang dea hotstuff kat kolej dea"

. . . 

"haha ! dea ni memang tak handsome . tapi dea kelakar , serious"
"ni kawan aku je lah"
"dea pernah suka aku , tapi aku taksuka . dea tak handsome lah"

. . .

kalau kau nak berkawan memang dengan hotstuff je , tak guna weh .
kalau lah hotstuff kau boleh tolong time kau susah , aku tabik !


UiTM Kampus Bandaraya Johor Bahru





UiTM Segamat





PTPL Shah Alam





rindu serindu rindu rindu nya !

Sunday 21 October 2012

cinta abadi

ouch ! abadi gituuu .
muhaimin ?
kau gila bukan dia . ngaha !
bukan gila . serious bukan .
hikhik :D maaf awak .

. . .

ini kisah cinta abadi takde gaduh , takde putus . kekal selamanya <3

 nampak tak dea ? >.<

alaa omey omey . puk kangg !

pengubat segala duka

 ini semememememeh :D

ini gedik ayam

ni kerja atuk selama ni ghupenya !

hoh ? !

penawar segala sakit

 ai dah pergi i-city uolls :D

 imam baby 

eh perempuan ke lelaki ni --'

ayam <3

penyembuh segala luka

last but not least

ehem ehem , ingat acu sorang je ke masuk kolej .


MUHAMMAD KHALIL FARYUSH 
love banyak banyak , aumm !



Monday 15 October 2012

Ini Entry Rajin

kenapa entri rajin ?
haha ! sebab rasa macam nak cerita semua benda yang jadi lepas lepas .

ohh and kenapa malam ni ? macam pelik jee --'
ni sebabnya

sadis lah kalau tunggu just tunggu without doing nothing kan

. . .

ohh and haritu kita mintak dekat muhaimin hoyeh game yang seronok seronok .
and guess what ?
kita jumpa game ni

 nahh ! comel kan ? ayam pulak tu .

one more . katakkk ! :D

ohh and the most best thing is game ni siap keluar bunyik . katak , ayam , lion and bear tu boleh lagi lah . masuk bunyik babi , ah sudahh --'

. . .

and now masuk entri rajin SATU

alkisahnya pasal abang pomen handsome , ouch ! :D

that day , after exam .
rasanya last paper . and as usual .
hantar geng ayam *wawa , achik , miera* depan pagar .
and haritu wawa nak beli nasi kukus . so , turun kat nasi kukus . and aku turun pergi beli air . miera dengan achik tak turun . diorang tunggu kereta-kononnya .
nak dijadikan cerita , lepas dah beli air , nak masuk kereta tunggu wawa dalam kereta je .
and nampak air melimpah dengan sangat banyak dari bawah kereta .
ish ! dah lah taktau pape pasal kereta . tahu bawak je . acane ni ? panggil achik keluar . ohh and achik agak pro jugak lah pasal kereta .
'kak tutup enjin lepastu bukak depan ni cepat' arahan seorang adik yang baik (:

and kebetulan masa tu siti and housemate dea turun nak g makan .
nampak kitorang kat depan kereta yang terbukak ape-benda-nama-yang-kat-depan-tempat-enjin-tu terus semua datang .
lepastu dengan Puan Husdha yang tengah lalu situ pun datang jugak .
sadis betol hidup kereta aku --'

lagi bertambah tambah menarik dan tertarik lagi bila tiba tiba ada mamat datang dari luar kolej and terus berhenti depan depan kereta aku .
macam superman datang nak selamatkan makwe dea . ehh --'

mamat tu keluar kereta dea *angin tiup rambut dea* pergh ! HAHAHAHA !
'kenapa ni ? rosak ke ?'
taktau lah bang . tiba tiba air ni keluar banyak gila .
'ohh benda ni dah longgar . ni nampak dah tercabut , tu air keluar'
ohh dah tu cane ?
'amekkan abang air' *ehh macam bini abang pulak*
bla bla bla . . .

the sadis part ever 
penutup benda alah tu terjatuh and nak dekat 10minit carik tak jumpa .
and matahari betol betol tegak atas kepala .
peluh abang tu dah macam air pancut . kesian weh .
nak bagi tisu , tapi main tolak tolak .
achik lah bagi
'akak lah bagi'
achik lah
'akak lah'
end up nya , abang tu basah lencun macam tu je disebabkan penutup gila yang main nyorok nyorok waktu panas terik tu --'

lepas settle semua , kitorang masuk kereta and jerit kuat kuat
'abang tu handsome gilaaaa ! sweet pulak tu . arghhh !'
gedik betol perempuan perempuan ni kan .

lastly , on the way balik rumah . divider kat selekoh KFC Extreme Park tu aku langgar sebab teringat ingat abang pomen handsome tu --'
takut tayar pecah je . tapi buat muka gagah sebab belakang ada kereta . maluuuu 
balik rumah tengok cover tayar tu dah takde .
okay thank you abang handsome . sebab abang tayar saya cacat sebelahh --'


haritu hafal kereta dengan no plat abang tu tapi sekarang dah hilang ingatan --'

abang ipar ohh abang ipar (:

siapa ada abang ipar ?
acane ? seronok tak ? haha !
abang ipar kita seronok . kadang kadang .
kalau perangai ayam dea datang , okay tu tak seronok .

. . .

ini yang seronok kalau ada abang ipar





steamboat again !

kali ni kitorang makan dekat Steamboat Antarabangsa kat Harbour Place :D

steamboat kat sini best jugak lah bak kata diorang . sebab ada kambing . and not to bad lah kambing dea even liat gila .
yang tak seronoknya sebab takde goreng goreng , which is kitorang datang waktu lunch hour dan memang tak breakfast so sangat lapar but then tak dapat nak makan apa apa sebab semua kena masak dulu . takde hidangan yang boleh dimakan dulu . *sigh*

. . .

after makan , pergi shah alam . nak carik tudung . tapi acai tak ikut . mengantuk katanya --'
so pergi bertiga je lah . carik carik , tak jumpa pun --' ada lah , tapi RM120 . macam tak berbaloi --' 


ni kerja ibu dea . menge-pau duit aku --' and snogurt ni tak sesedap tutti frutti . aku sarankan , takpayah makan . tapi dea lagi murah dari tutti ofcourse .


Thursday 11 October 2012

yeay ! :D

senyum sampai telinga :D
ehh --'

. . .

taraa !

 satu

 dua

padah bila jumpa orang kampung --'

'eh , abang ni adik sudin kan ?'
ahh sudah --'
'saya nasir anak bla bla bla'
woi , aku nak kau cepat lah pasang tu .
'alaa yang dekat sungai pinang tu'
orang kampung jumpa orang kampung canie lah jadinya .
. . .

guess what ?
yes , betul , pandai , great !

lepasni macam takpayah on bis pun macam takpe kan kan ?
cuma susah lah sebab taleh nak bbm semua .

ohh and lepasni no more 'nak pergi rumah along nak buat kerja'

thank you ayah :D
love lebihh !


Thursday 4 October 2012

HAPPY BIRTHDAY !

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO AYAH
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

2 october 2012 , birthday ayah . dah tua dah , ngaha ! :D
haritu ayah kerja pagi . ayah balik tu kitorang siapkan kek , yang tak berapa kek lah nama dea sebenarnya .


 tukang hiasnya tak pandai --'

ini senyum , serious .

dan malamnya kitoang sambut dekat FLAMING STEAMBOAT BUFFET , kota kemuning . makan sampai kenyang - katanya . haish ! bukan setakat kenyang . nak meletop weh . kalau ada jarum , cocok perut tu , confirm meletop .


 aumm !


 kiri


 kanan


 itu senyum , serious serious !


thank you mama belanja kitorang , wee :D

. . .


and the next day , 3 october 2012


HAPPY BIRTHDAY TO YOU
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

HAPPY BIRTHDAY TO MUHAIMIN
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

penat lah birthday dekat dekat ni , pukul kang baru tahu .
so , pagi pagi hantar mama pergi klinik . then balik tu , siap siap .




 <3



favourite

yeay ! awak tua dulu :P 

happy birthday dior <3

. . .

SELAMAT HARI JADI UOLLS !

LOVE