Monday 7 October 2013

Trainee at Puteri Resort - Part 5


kawan kawan praktikal :D


 memang takkan nampak la cerita dea kan ? haha !


 suhaini ;
banyak cakap . banyak yang super duper banyak punya banyak cakap dea punya banyak . haha ! maaf sunni :D
tapi dea kelakar kadang kadang . lepastu rajin . kalau ada suhaini , mesti ada air . kalau takde air , maknanya takde suhaini lah .


kak ja ;
kak ja paling tua antara kitorang semua . haha ! tua setahun je pun dari aku . tapi semua orang panggil kak ja , so panggil kak ja je lah kan ?
kak ja ni baik . lembut je . tapi kadang kadang aku tak faham apa dea bebel . sebab dea punya slang kelantan tu pekat gila . sorry kak ja :D


ila ;
paling ganas , paling gila . tapi paling boleh buat kawan .
kalau siapa tak kenal dea , confirm akan kata dea gila . tapi sebenarnya memang dea gila pun , haha ! tapi ganas ganas dea ni , sebenarnya pemalu . pemalu gila kut . haha !


kanan aku , abang bob senior .
kiri aku , bob junior .
takde cerita sangat pasal diorang sebab takde rapat sangat sebab diorang fnb . but still diorang okay and kelakar and gila :D


 mak ;
hahaha ! pondan kat situ . tapi dea baik . mula mula je macam sombong sombong ayam . tapi lepastu dea okay . ohh and paling tak kelakar bila dah okay , main raba raba bontot pulak --'


gee ;
trainee baru . kitorang dah sebulan setengah then diorang pulak masuk . mula mula diorang masuk kitchen tapi lepastu fnb kekurangan staff so diorang kena masuk fnb sebab diorang amek course hospitality .


faisal aka ketot ;
hahahahaha ! maaf abang faisal . sila marah mail sebab dea yang bagi nama tu . dea budak PTPL jugak cuma memang selama aku kat PTPL tak pernah walau sesaat aku jumpa dea . aku kenal dea pun bila dah kat sini .
ohh and aku lagi rapat dengan dea kat sini bandingkan dengan budak tiga ekor tu yang memang aku dah kenal dulu pun dari dea ni .

. . .

setelah tiga bulan bertungkus lumus bekerja tak kira pagi ataupun petang , akhirnya kami bersepuluh telah menamatkan sesi praktikal kami dengan sesempurnanya . hahahaha ! bangkai betol ayat macam sakai --'

ohh dan sekarang dah dua hari tiga malam aku kat rumah dan aku dah mula merindui saat saat ke-stress-an berada di resort . hewhew :D

rindu nak bergaduh dengan haris .
rindu nak menjerit jerit lepastu kena marah dengan alex .
rindu nak jaga asam pedas .
rindu nak jaga buffet lepastu merungut penat lah sakit kaki lah .
rindu nak lap cermin mata lepas masuk chiller .
rindu nak curik makanan dalam pastry .
rindu nak makan kat cafe ramai ramai .
rindu nak buat buat busy bila pitbull lalu .
rindu semuanyaaa !

*ain , haris , eril , aliff , ijat , ajim , wan , takde gambar , sorry . tapi still semua terbaik ! semua gila . semua annoying . haha !*


me love yugais much <3<3<3



Trainee at Puteri Resort - Part 4


kelukaan dan kedukaan .


 malam sebelum kejadian , mata aku gatal yang super duper punya gatal . pergh ! sampai menangis meleleh air liur dea punya gatal tu , bayangkan lah cane ke-super-gatalan-nya tu .

dan keesokannya , taraaa , bengkak sebelah macam baru lepas kena tunbuk . HAHA ! pity me :D





tolong jangan kopek bawang putih banyak banyak kalau anda rasa kulit tangan anda halus dan sensitif dan cantik . ehh --' hahaha !

jika anda lakukan juga perkara seperti berikut , ini lah akibatnya ;


 pity me , again



potong laju laju konon power lah , lepastu ;

yeay dapat kuku bercorak batik :D



last but not least , kelukaan terakhir ;

bukak tin sardin , lepastu zapp tergaris kat penutup tin yang dah terbukak sikit tu , pergh ! dea punya pedih tu , tak tahan . berdarah darah siottt --'



dan kedukaan yang berlaku di dalam Puteri Resort ialah apabila satu satunya chef lelaki dalam pastry iaitu Chef Jakpor nak resign . ini adalah kerana beliau tidak puas hati dan bla bla bla . hahahaha ! okay sila lempang saya 





Trainee at Puteri Resort - Part 3


setelah SATU BULAN SETENGAH dalam pastry , tiba lah masa untuk tukar arah , hikhik .
so aku decide masuk COLD KITCHEN pulak . syok woo ! cold en , hihi :D

tugas tugas dalam cold kitchen nampak macam simple , tapi bila dah masuk , uish ! tanggung sendiri la cik senah oi . haha !
cold kitchen uruskan appetizer . ohh dan breakfast untuk hari esoknya , nahh --'


 jenis jenis salad

 sos sos dan salad dan kerabu

ulam ulaman

bermacam jenis kerabu

salad salad

dan kerabu lagi

uhuk , HAHAHAHAHAHA !

boringggggggggggggg --'



ohh dan masa puasa , makcik jaga roti jala .
lepas puasa ni makcik jaga rojak buah pulak nak :D






Trainee at Puteri Resort - Part 2


berakhirnya Ramadhan yang mulia , muncullah Syawal yang dinanti . cehh --'

walaupun praktikal , kitorang dapat cuti yuolls <3 seronok angat ! dapat cuti lima hari je la tapi . its okay la en asalkan dapat cuti , yedak ?

balik klang lepastu kena marah dengan semua orang sebab tipu diorang semua kata tak dapat cuti . hihi >.<

. . .

cuti dah habis , back to nightmare sessions , HAHA !
ohh and hari raya en siapa je nak duduk hotel , yedak ?
so sangat seronok sebab ada order ala carte je and lepastu boleh habiskan barang resort sesuka hati . eh yeke ?


so , ni lah kerja budak budak dalam pastry :D

 mexican bun *sedap gila okay

 forget what we called it *tapi tak sedap , seriously

pizza , pergh pergh pergh ! meleleh . sedap gila gila okay !

aumm ! dap ile abi , HAHAHA !


ohh and last but not least ,

superb ! awesome ! kuasa ALLAH .
antek angatttt <3



Trainee at Puteri Resort - Part 1


rindunya nak merepekkk !
ASSALAMUALAIKUM :D
lama gila tinggalkan kerepek ni . haha !

yela TIGA BULAN pergi praktikal ):
seronok ? haha !
nightmare okay nightmare --'

nightmare pertama ;
mintak PD sebab paling dekat , tak dapat .
dapat kat MELAKA .

nightmare kedua ;
semua trainee kat Puteri Resort ditunda seminggu dari tarikh asal

nightmare ketiga ;
masuk masuk kena stay kat pastry . memanglah aku suka main kek semua semua tu . tapi dapat pulak orang yang macam pffft .

nightmare keempat ;
yeay bulan puasa --' hahahaha mari gelakkan balqis sebab kena praktikal masa puasa %$#@*&^

nightmare kelima ;
jauh dengan mama . dah lah time tu mama dah sihat . dah boleh masak semua . pergh pergh pergh ! sumpah rasa nak ulang alik je klang - melaka . nak mampos ?

nightmare keenam ;
dari PTPL yang ada enam orang tu , aku sorang je perempuan --'

nightmare ketujuh ;
ada lagi budak training lain . dari IKBN Bachok . KELANTAN OKAY ! and kakak yang incharge pastry dari terengganu which is diorang semua dalam satu bumbung yang sama . nahh ! pantai timur dan pantai timur kemudian mengasingkan si budak klang :D yeayy ! how lucky i am .

. . .

tapi alhamdulillah . setelah beberapa hari beberapa minggu aku menangis setiap saat setiap minit setiap jam , akhirnya Allah bagi aku kekuatan untuk tempuh segalanya . cehh ! skema siak .

mama nasihat , ayah marah , along bebel . HAHAHAHA ! okay lah semua tu berguna :D
terima kasih untuk segala curahan kata kata dan air liur , love much <3 hihi

lepastu , dengan kak ema dah okay . dengan hok kelate pung dah rapat . so semua jadi okay :D buat kerja walaupun stress tetap boleh senyum (:

. . .

kat pastry seronok jugak lah . dapat belajar buat kek itu kek ini , kuih itu kuih ini , agar agar itu agar agar ini , puding itu puding ini , bubur itu bubur ini . ohh dan bubur hangit juga :D yeay ! tahniah balqis sebab dah memalukan diri sendiri masak bubur hangit :D

ohh and masa bulan puasa , tahap kesabaran tu kena tinggi . pergh ! bau kek weh , kau tak tergoda ke ? bau dea menusuk nusuk urat saraf sampai ke tulang rusuk pun terasa ditusuk . okay merepek !

. . .

dan mempersembahkan











ni la buffet line tempat makanan dari pastry diletakkan . skema siak ayat --'

 ohh and ini lah kak ema . ohh btw dea ex PTPL jugak which is our senior yuolls :D


dan tugas aku masa bulan puasa ialah ;

 jadi makcik buat roti jala --'



dan , tamatlah bulan puasa yang menyeksakan untuk budak budak training -